skip to Main Content
NOTIS PENTING

SUNGAI RAMBAI , 20 OKTOBER – Semua murid telah melibatkan diri pada Hari Karnival Kokurikulum SMK Sungai Rambai yang diadakan pada 19 Oktober 2022 di kawasan SMK Sungai Rambai. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti gerai jualan dari pelbagai kelab dan persatuan dan pertandingan. Antara gerai yang menjual makanan ialah Gerai Persatuan Agama Islam juga menjual pelbagai aneka makanan seperti sushi, bomboloni, pizza, air strawberi dan puding kastard. Selain itu, wakil dari Kelab Sains Kemasyarakatan yang megadakan jualan buku, tayangan video dan tuju lagu. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan semasa Hari Karnival Kokurikulum. Misalnya, pertandingan acara menimbang bola secara individu, masukkan bola takraw dalam raga, sahibba, congkak, boggle dan perlawanan bola jaring antara guru dengan murid.

HARI KARNIVAL KOKURIKULUM SMK SUNGAI RAMBAI

Back To Top