skip to Main Content
NOTIS PENTING

Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Rambai atau nama ringkasnya SMK Sungai Rambai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Parit Putat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai memiliki 492 orang pelajar lelaki dan 476 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 968 orang selain mempunyai seramai 71 orang guru.

Dalam tahun 2017, SMK Sungai Rambai mempunyai seramai 36 guru lelaki dan 42 orang guru perempuan serta 5 orang staf sokongan lelaki dan 9 orang staf sokongan perempuan. Kini setakat bulan Julai 2017, SMK Sungai Rambai mempunyai seramai 312 murid lelaki dan 339 murid perempuan dengan jumlah murid seramai 726 orang.

Terdapat 6 buah kelas tingkatan 1, 2 dan 3 serta 6 kelas menengah atas mengikut aliran Sains, Perakaunan dan Ekonomi. Terdapat aliran vokasional ditawarkan juga iaitu Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dalam bidang Tanaman Makanan dan Pembinaan Domestik. Selain itu, terdapat juga kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran).

Latar Belakang

Pada zaman penjajahan British, penduduk desa boleh dikatakan ketinggalan dalam serba-serbinya kalau dibandingkan dengan penduduk yang tinggal di bandar. Keadaan ini telah mula berubah setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak itu, kerajaan telah berusaha memajukan masyarakat luar bandar dalam segala bidang terutamanya pelajaran dan pertanian.

Menjelang tahun 1960-an, sekolah-sekolah menengah telah banyak didirikan terutamanya di kawasan luar bandar. Hingga tahun 1973, di kawasan Merlimau sahaja sebanyak tiga buah sekolah menengah telah didirikan terutamanya di kawasan luar bandar.

Pembukaan SMK Sungai Rambai

Pemimpin-pemimpin politik masyarakat di Sungai Rambai memahami hasrat dan harapan penduduk di kawasan ini. Mereka terus berusaha mendesak dan memohon agar kerajaan (Kementerian Pendidikan) mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan mereka untuk memberi peluang dan kemudahan kepada penduduk-penduduk di sekitar Sungai Rambai.

Kementerian Pendidikan akhirnya telah mengarahkan pembinaan sebuah sekolah menengah.

Menjelang tahun 1980, sebuah sekolah menengah baru mengandungi dua blok, sepuluh bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bengkel seni perusahaan, tiga buah makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah bilik perpustakaan serta sebuah bilik guru telah siap dibina.

 
“Pada 1 Januari 1981, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dan dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.”
Back To Top