skip to Main Content
NOTIS PENTING

PVMA memberi tafsiran Program Vokasional Menengah Atas iaitu penjenamaan kepada MPV. Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional. Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat PPPM bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional.

PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding dengan MPV sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Institut Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Pelaksanaan PVMA ini membolehkan murid kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5. Pelaksanaan PVMA dijalankan secara berperingkat mengikut ketetapan yang diputuskan oleh KPM.

Visi

Menyediakan sumber manusia yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri bagi pembangunan ekonomi, sosial dan teknologi.

Misi

Matlamat PVMA

Membentuk lepasan Pendidikan Vokasional yang;

  • Bersedia menyertai pasaran kerja.
  • Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Menjadi usahawan yang berdaya saing.

SPM

MPAK

SKM

PVMA

Program Vokasional Menengah Atas

Aktiviti PVMA di SMKSR

Back To Top