skip to Main Content
NOTIS PENTING

Bilik TS25 SMK SUNGAI RAMBAI

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

Program Transformasi Sekolah 2025

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.

MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

Memantapkan kepimpinan sekolah.

Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Bimbingan IAB Untuk Sek TS25 Kohort 3

Lawatan Bimbingan Berkelompok TS25 SMK Sri Mahkota

Taklimat Pemurnian eRPH TS25

Taklimat TS25 Kepada Ibu Bapa dan Murid

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TS25 2021 MODUL 6 KOHORT 5

Back To Top