- November 21, 2024 12:05 am
Senarai Guru
Encik Muhamad Rizal bin Abdul Rasol
Pengetua SMK Sungai Rambai
Kata-kata Aluan
Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata untuk menghiasi ruangan majalah ini. Kepada sidang redaksi majalah sekolah, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana berjaya mengurus dan mengelolakan penerbitan majalah “BAKTI” pada tahun lalu.
Namun pada tahun ini, pendekatan kita berbeza kerana menyahut pendekatan digital dan alaf baru.
BACA SEPENUHNYA
Pendidikan merupakan wahana kepada kecemerlangan hidup yang serba mencabar saban hari.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah sentiasa menggembleng tenaga dan buah fikiran bagi mendukung aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana yang tercatat dalam inti pati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selain itu, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah telah diperkasakan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Di samping itu, kejayaan sekolah melahirkan muridmurid yang bukan sahaja bersahsiah baik tetapi juga berketerampilan tinggi akan dapat mengangkat martabat guru.
Sebagai pendidik, janganlah jemu membimbing anak bangsa supaya dapat mengharungi segala cabaran dan perubahan arus pemodenan selain menghasilkan murid yang bersedia menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan IR 4.0 ini ditandai dengan kemunculan super komputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimumkan fungsi otak.
Sehubungan dengan itu, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) amat ditekankan kerana merubah pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan terbaik de¬ngan kaedah, aktiviti, teknik serta prinsip dan teori yang menjurus untuk mencanai murid yang kreatif, kritis, kolaboratif, berkomunikasi serta berpegang kepada etika dan nilai (4K1N) yang diterima. Akhir kalam, saya menyeru agar semua pihak berusaha dengan gigih lagi bagi mengangkat dan memartabatkan sistem pendidikan negara kita agar bertaraf dunia.
Sekian, terima kasih.
Encik Azlan Bin Mohamad Gazi
GPK Hal Ehwal Murid
Puan Rasidah Binti Abd Gani
GPK Kokurikulum
Minah @ Aminah Binti Mahadi
GKMP Kemanusiaan
Encik Ahmad Syahir Bin Yusof
GKMP Sains dan Matematik
Pn. Kilawani Binti Hamat Shafie
Guru Pendidikan Seni Visual
Pn. Janaria Binti Othman
Guru Pendidikan Islam
En. Muhammad Firdaus Bin Omar
Guru Sejarah
En. Mohd Hafiz Bin Jusoh
Guru Geografi
Pn. Noordini Binti Isa
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Pn. Siti Eizah Binti Abd Rahman
Guru Reka Bentuk Teknologi
En. Abdul Rahim Bin Abdul Aziz
Guru Pendidikan Islam
Pn. Nur Syamsuria Binti Kamisan
Guru Bahasa Malaysia
NUR SYAHIDA BINTI MISMAN
Guru Reka Bentuk Teknologi
SHAKILA BINTI TAHIR
Guru Pendidikan Khas
NAWWAR RAIHAN BINTI ALIAS
Guru Fizik
GOH SUI HUAN
Ketua Panitia Bahasa Cina
NURRUL HAZIQAH BINTI RIDZUAN LOTFI
Guru Bahasa Inggeris
AIMAN NUJAIDI BIN RAHMAN
Guru Bahasa Inggeris
Pn, Erdawati Binti Mohd Khafe
Guru Bahasa Malaysia
Pn, Noor Aishah Binti Abd Aziz
Guru Pendidikan Khas
Pn. Norhakimin Binti Ashaari
Guru Bahasa Inggeris
Cik Siti Norhafizah Binti Abd Razak
Guru Pendidikan Islam