- November 21, 2024 12:18 am
Syarat Umum dan Syarat Khusus PVMA
Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana / Akademik
- Syarat Umum
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon sihat tubuh badan.
- Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
- Calon bebas daripada masalah mental.
- Calon bebas daripada penagihan dadah serta sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan penyakit-penyakit lain) atau kecacatan yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali).
- Calon tidak rabun warna.
- Calon berminat dengan kursus yang dipohon.
- Syarat Khusus
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Rekabentuk Teknologi (RBT).
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Sains, Matematik serta Rekabentuk dan Teknologi (RBT) berpandukan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).