skip to Main Content

SUNGAI RAMBAI , 12 OKTOBER – Semua warga SMK Sungai Rambai berkumpul di padang SMK Sungai Rambai setelah mendengar loceng kecemasan dibunyikan. Kejadian ini berlaku kerana pihak bomba mahu bahawa semua warga SMK Sungai Rambai mengetahui asas kecemasan semasa kebakaran. Pihak bomba telah menerangkan pelbagai jenis alat pemadam kebakaran seperti Serbuk Kering ( Dry Powder ), Karbon Dioksida, Buih dan Air. Setiap alat pemadam kebakaran mempunyai fungsi yang berbeza seperti serbuk kering untuk melawan pepejal, cecair dan gas yang terbakar. Selain itu, karbon dioksida berfungsi sebagai pemadam apo dengan mengalihkan oksigen tanpa meninggalkan apa-apa sisa dan tidak menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik. Pihak bomba juga telah mengajarkan cara memegang alat pemadam kebakaran dan cara memadamkan api dengan betul dan tepat.

LATIHAN KEBAKARAN 2022

Back To Top