skip to Main Content
NOTIS PENTING

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) serta Unit Kokuriulum SMK Sungai Rambai telah mengadakan satu Majlis Khatam Al Quran dan Imarah Ramadan pada 29 April 2022. Majlis ini merupakan penutupan kepada program-program yang telah dijalankan sepanjang bulan ramadan 1443 hijrah ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan yang mulia ini ialah Tadarruss Al Quran, Tazkirah Ramadan, Kuiz Ramadan, Buletin Ramadan, Agihan Bubur Lambuk serta Agihan Sumbangan Infaq kepada murid yatim dan kurang berkemampuan. Banyak pihak turut membantu terlaksanakanya program ini seperti sumbangan daripada Hong Leong Bank, sumbangan para guru dan kakitangan serta banyak lagi. Diharap majlis ini memberi impak yang positif kepada sahsiah diri murid SMK Sungai Rambai.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IMARAH RAMADAN 1443 HIJRAH

Back To Top