skip to Main Content
NOTIS PENTING
TARIKH PERINGKAT PENYERTAAN PENCAPAIAN
22 Februari 2020 Daerah
  • Pertandingan simpulan dan ikatan
  • Pertandingan Kompas
  • Pertandingan permainan tradisional
  • Pertandingan lagu pengakap
Johan
Naib Johan
Tempat Ketiga

Pada 22 Februari 2020, 46 orang ahli Pengakap SMK Sg Rambai menyertai Sambutan Hari Pengasas Pengakap PPM Daerah Merlimau dengan melibatkan penyertaan 350 ahli Pengakap yang melibatkan 21 buah sekolah dalam Daerah Merlimau. Pelbagai aktiviti kepengakapan dijalankan bagi memperkukuh semangat kepengakapan dalam kalangan ahli Pengakap pelbagai peringkat usia. Peserta disajikan dengan aktiviti simpulan dan ikatan, kompas, permainan tradisional, lagu Pengakap dan permainan Pengakap. Pameran koleksi Pengakap oleh pemimpin Pengakap Merlimau menambahkan kemeriahan sambutan. Sambutan diserikan lagi dengan perasmian penutup oleh Penyelaras DUN Sungai Rambai, Yang Berbahagia Pn. Azalina binti Abdul Rahman.

Sambutan Hari Pengasas Pengakap PPM Daerah Merlimau

Back To Top